Teknik menghasilkan Berita

23 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Jun 2019, Pusat Internet PPR Batu Gong sekali lagi mengadakan kelas untuk belia di sekitar PPR Batu Gong. Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan peserta dengan teknik untuk menghasilkan berita menggunakan Microsoft Word. Terdapat lima (5) orang belia telah berjaya menghabiskan kelas. Mereka didedahkan dengan teknik penghasilan berita yang merangkumi beberapa elemen asas seperti tajuk, tarikh, masa serta tempat sesuatu perkara yang hendak disampaikan kepada umum. Dalam masa yang sama, mereka dibantu untuk mencari gambar yang sesuai daripada sumber internet untuk dijadikan sebagai contoh gambaran semasa program berlansung.

Selain daripada itu, peserta diajar untuk memasukkan gambar ke dalam berita menggunakan fungsi ‘insert’ di dalam Ms. Word dan cara untuk menyimpan berita dalam dokumen untuk kegunaan pada masa akan datang. Tambahan pula, aktiviti seperti ini diambil untuk permainan Microsoft Explorace yang akan diadakan semasa Hari Terbuka PI PPR Batu Gong pada 10 Ogos 2019 kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali